‘Samba’ fokus tingkat kondisi pemain PJ City

MENABUR bakti selaku jurulatih di Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) juga dikenali sebagai NFDP, Arulchelvan Illenggo meneruskan impian dan kerjayanya apabila memegang peranan selaku Ketua Unit Prestasi Petaling Jaya City (PJFC) yang bakal bersaing di Liga Super 2020.

Mungkin ramai yang tidak mengenali susuk tubuh yang lebih mesra dengan panggilan Samba dalam kalangan rakan sepasukan mahupun anak didiknya, namun kejayaan yang diraih sebagai bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan serta pengalaman ketika bersama bergandingan dengan beberapa individu hebat sememangnya tidak dapat dinafikan.

Pernah menyarung jersi Negeri Sembilan beraksi di posisi pertahanan sebelum ini meletakkannya antara bakat muda dalam bidang kejurulatihan khususnya aspek kecergasan pemain-pemain bola sepak. Kini berumur 33 tahun, Samba memiliki sijil pengkhususan dalam bidang kecergasan dan lesen kejurulatihan ‘A’ AFC.

Berumur 33 tahun, Samba merupakan bekas juara Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2010 bersama Negeri Sembilan.

Paling penting, pelantikannya sebagai Ketua Unit Prestasi di PJFC selain watak penolong jurulatih AFC B16 memperlihatkan keyakinan tinggi dan kesungguhan yang ada pada dirinya untuk menggapai kejayaan.

Menurut beliau, sasaran liga yang diletakkan pengurusan PJFC tahun ini ialah untuk berada di dalam kelompok lima pasukan teratas. Justeru itu, beliau sedar akan kepentingan kecergasan pemain sepanjang musim bagi mencapai cita-cita itu.

 

Samba, antara bakat muda kejurulatihan kecergasan yang menerima pendedahan awal bola sepak di peringkat tertinggi.

“Kami baru sahaja selesai dengan persediaan pra-musim di Kemboja dan kini telah memasuk fasa kedua. Tahap kecergasan para pemain belum lagi berada di tahap optimum tetapi ini boleh lagi diperbaiki menjelang permulaan musim pada hujung bulan hadapan.

“Ini juga cabaran buat saya untuk pastikan pemain-pemain ini kekal cergas selama 90 minit dalam intensiti perlawanan yang tinggi. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan, sudah pasti sasaran yang diletakkan mampu diraih”, tambahnya.

Ketika ini Samba bersama rakan pengurusan dan pemain PJFC baru selesai menjalani latihan persahabatan di Kemboja sebagai aksi pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2020 yang bakal berlangsung 28 Februari nanti.

Samba (kanan) bersama barisan kejurulatihan PJFC bagi musim 2020.

 

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply