Sabah Pamer Aksi Cemerlang 3 hari di Nilai

Nilai, 1 September – Pasukan Sabah tampil aksi memberangsangkan apabila berjaya membawa pulang 7 emas, 1 perak dan 1 gangsa sepanjang Kejohanan Trek Siri 2 Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 30 Ogos lalu.

7 emas dihadiahkan menerusi acara Kejar Mengejar Berpasukan, Kejar Mengejar Individu, Keirin, Pecut Individu, Pecut Berpasukan, Ujian Masa dan Scratch.

Bagi Ketua Jurulatih Sabah, Louis Pang, pencapaian hari ini menyuntik semangat pelumba-pelumba Borneo yang hadir sebagai pasukan underdog dan menjadi persiapan sebelummenjelang temsya SUKMA 2018 yang akan berlangsung September ini di Perak.

“Saya amat berbangga dengan persembahan anak buah saya. Kami menjalani kem selama 1 bulan di Nilai sebelum Kejohanan Trek Siri 2 ini berlangsung tetapi, misi kami adalah untuk mengumpul seberapa banyak pingat yang boleh bagi acara berbasikal SUKMA 2018. Berdasarkan pencapaian hari ini, saya amat yakin anak buah saya mampu memberi saingan
sengit di SUKMA nanti.” Jelas jurulatih tersebut ketika ditemui hari ini.

Artikel berkaitan

Leave a Reply