Program Pembangunan Ragbi Negara (PPRN) platform baharu lahir jaguh ragbi

KUALA LUMPUR: Arena pembangunan ragbi tempatan menerima perkhabaran gembira apabila Program Pembangunan Ragbi Negara (PPRN) telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Program cetusan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) itu akan mendapat kerjasama daripada beberapa kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia selain menerima suntikan dana sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu pelaksanaan program tersebut dalam melahirkan jaguh ragbi di peringkat akar umbi.

Sejurus dilancarkan, dijangka pelatih-pelatih berumur 7 hingga hingga 25 tahun akan menerima manfaat melalui perangkaan strategik di peringkat sekolah rendah dan menengah serta di peringkat institusi pengajian tinggi selain pengenalan “budaya ragbi” bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia berada di ranking pertama benua Asia dalam tempoh masa lima tahun.

Menurut Khairy, pelaksanaan PPRN hampir sama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dilancarkan pada tahun 2014.

Turut hadir di majlis pelancaran PPRN ialah Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh.

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply