Pelumba CIMBF-JCM Kuasai Podium Kejohanan

Ipoh, 19 Ogos – Pelumba B-19 tahun Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB menyapu bersih podium acara kriterium hari ini menerusi trio Nurfitri Ammar Rusli, Abdul Rashid Hisham dan Fakhruazam Hanifiah.

Bermula dengan satu kelompok besar, Abdul Rashid Hisham cuba menjarakkan kedudukan seawal pusingan ke-4 namun berjaya dikejar semula peloton di pusingan berikutnya. Menyedari taktik mereka dihidu pelumba-pelumba lain, Fakhruazam bijak mencari peluang melakukan henjutan sambal diikuti Nurfitri Ammar.

“Saya cuba untuk keluar dari peloton lebih awal namun keadaan angin kuat dan cuaca panas sedikit menganggu saya untuk terus berada dihadapan dan pelumba-pelumba lain juga telah
membaca taktik kami. Jadi, kami rancang untuk tukar perancangan supaya Fakhruazam melakukan henjutan terlebih dahulu bersama Ammar. Selang beberapa pusingan, saya pula keluar dari peloton” Ujar Rashid Hisham ketika ditemui hari ini.

Trio CIMBF-JCM ini terus mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat menyaksikan Abdul Rashid Hisham ungguli tempat pertama diikuti Nurfitri Ammar dan Fakhruazam Hanifiah masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Dato’ Hamidah Naziadin, pencapaian pelumba-pelumba ini memberangsangkan bermula dari Kem Jelajah Eropah 2018 yang telah berlangsung pada 17 Julai hingga 7 Ogos yang lalu.

“Pencapaian pelumba-pelumba yang menyertai Jelajah Eropah 2018 amat memberangsangkan sehingga mendapat liputan media di Belanda. 6 dari 7 orang pelumba yang kita hantar berjaya mendpaat podium dan ada diantara mereka yang berjaya mendapat podium 2 atau 3 kali.” kata beliau.

“Justeru itu, perlumbaan hari ini juga bakal menjadi medan pemilihan untuk Jelajah Australia 2018 yang akan berlangsung Disember ini. Jadi, pelumba-pelumba yang memenuhi kriteria akan disenarai pendek sebelum senarai akhir dikeluarkan,” tambah beliau.

Artikel berkaitan

Leave a Reply