MPM teruja gandingan mantap terajui KBS

 

PELANTIKAN Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan juga timbalan menterinya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disifatkan bertepatan dalam mengukuhkan lagi industri sukan Malaysia.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dato’ Sri Megat D. Shahriman Zaharudin sejurus pengumuman kabinet baharu yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Megat percaya kedua-dua barisan paling depan KBS ini dapat membentuk gandingan yang mantap dalam membantu mencapai visi dan misi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Sukan Para Asia 2022.

“Kami di MPM berbangga dan gembira dengan pelantikan Reezal Merican dan juga Ahmad Fayhsal ini. Kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka terutamanya daripada aspek sukan para.

“Dengan kepimpinan beliau, kami akan membuat kunjungan hormat dan ini satu perkara positif untuk rakyat Malaysia khususnya belia, atlet dan atlet para.

“Saya juga percaya kepimpinnan Datuk Seri Reezal dan Ahmad Fayshal ini akan menjadi satu gandingan mantap dan dapat mencapai visi program Sukan Paralimpik dan Sukan Para Asia dengan jayanya.

Reezal, 47, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang mengisi jawatan itu yang terdahulu disandang oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lebih muda dua dekad daripadanya.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri bagi penggal 2015-2018 dan juga pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sesi 2006-2009.

Bagi Wan Ahmad Fayhsal, beliau sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas untuk Syed Saddiq.

Artikel berkaitan

Leave a Reply