Momota tekad ubati kekecewaan

Momota meraih Trofi ke 11 diraih pada 2019 selepas menewaskan pemain Indonesia yang juga pemain ke tujuh dunia Anthony Ginting 17-21, 21,17-21-14 di pentas final Jelajah Dunia yang berlangsung di Guangzhou, China.

KECUNDANG pada pentas final edisi tahun lalu, pemain nombor satu dunia, Kento Momota mahu memastikan langkah kanan pada saingan di HSBC BWF Jelajah Dunia Super 500, Perodua Malaysia Masters 2020 yang akan bermula dari 7 hingga 12 Januari di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Memang status sebagai pilihan utama kejohanan yang menawakan hadiah wang tunai keseluruhan USD 400 000 pemain kelahiran Jepun yang berusia 25 tahun ini pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan yang diraih pada penutup 2019 dengan ukiran senyuman selepas merangkul trofi ke 11 termasuk muncul Juara Jelajah Dunia BWF di Guangzhou, China yang juga merupakan kejohanan terakhir bagi tahun ini.

Trofi ke 11 diraih pada 2019 selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan wakil Indonesia yang juga pemain ke tujuh dunia Anthony Ginting 17-21, 21,17-21-14 di pentas final Jelajah Dunia yang berlangsung di Guangzhou, China.

Dilabel sebagai ‘pemain sempurna’ kerana ketangkasannya ketika di gelanggang, Momota mahu melangkah keluar dari gelanggang selaku juara sekaligus mengekalkan momentum itu menuju ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Kemenangan itu sekaligus menjadi kemuncak kejayaan buat Momota yang turut diumum sebagai Pemain Terbaik Tahunan BWF bagi tahun 2019. Beliau muncul dinobat selaku Juara Dunia dan Juara Asia selain memenangi trofi Seluruh England.

Namun, ia masih belum memberi kepuasan buat Momota, malah beliau mahukan kemenangan diperingkat yang lebih tinggi sekaligus menjadikannya antara tarika utama di Malaysia Masters yag kan berlangsung di Arena Axiata kelak.

Bintang Jepun ini akan berdepan bekas juara Sukan Komanwel Kashyap Parupalli dari India. Jika menang, Momota akan berdepan samada rakan senegara, Kanta Tsuneyama (16 dunia) atau H S Prannoy (India) untuk memburu slot ke suku akhir.

Momota mahu melangkah keluar dari gelanggang selaku juara sekaligus mengekalkan momentum itu menuju ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

 

 

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply