Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF B-15, kekal rekod tanpa kalah

CHONBURI: Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 15 Tahun di samping mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menamatkan saingan Kumpulan B dengan keputusan seri 1-1 menentang pasukan tuan rumah, di Chonburi, Thailand, hari ini.

Keputusan seri tersebut sudah cukup bagi skuad bimbingan P. Maniam untuk menjuarai Kumpulan B dan berkongsi 11 mata dengan Thailand, cuma dibezakan perbezaan gol yang memihak kepada Malaysia.

Dalam aksi di Stadium Pendidikan Jasmani, Thailand terlebih dahulu berada di hadapan dengan jaringan daripada Pornsawan Sankla pada minit ke-18, sebelum Malaysia memperoleh gol penyamaan melalui jaringan sendiri pemain tuan rumah, Sittha Boonlha pada minit ke 80+3.

Skuad negara bakal bertemu naib juara Kumpulan A, Vietnam dalam aksi separuh akhir pada 7 Ogos manakala Thailand akan berhadapan saingan Indonesia yang muncul sebagai johan Kumpulan A.

 

KEDUDUKAN AKHIR PERINGKAT KUMPULAN PIALA AFF B-15 2019, CHONBURI, THAILAND

Kumpulan A

P M S K G B PG M
INDONESIA 5 4 1 0 15 1 14 13
VIETNAM 5 4 0 1 8 3 5 12
Timor-Leste 5 3 1 1 15 4 11 10
Singapura 5 1 1 3 3 10 -7 4
Myanmar 5 1 1 3 2 11 -9 4
Filipina 5 0 0 5 4 18 -14 0

Kumpulan B

P M S K G B PG M
MALAYSIA 5 3 2 0 15 2 13 11
THAILAND 5 3 2 0 15 4 11 11
Australia 5 3 1 1 11 5 6 10
Laos 5 2 1 2 8 6 2 7
Kemboja 5 0 1 4 2 13 -11 1
Brunei 5 0 1 4 2 23 -21 1

KEPUTUSAN MALAYSIA B-15 DI PERINGKAT KUMPULAN PIALA AFF B-15 2019, CHONBURI, THAILAND

28 Julai: Malaysia 8-0 Brunei Darussalam
30 Julai: Malaysia 2- 0 Kemboja
1 Ogos: Australia 0-3 Malaysia 
3 Ogos: Malaysia 1-1 Laos
5 Ogos: Thailand 1-1 Malaysia

Artikel berkaitan

Leave a Reply