Malaysia B-12 raih tempat ke-3 Piala Soong Ching Ling

KUALA LUMPUR: Skuad Malaysia bawah 12 tahun (B-12) meraih tempat ke-3 dalam kejohanan Piala Soong Ching Ling selepas menewaskan Myanmar B-12 dengan jaringan 5-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-3, hari ini.

Pada perlawanan tersebut, gol skuad negara dijaringkan oleh Nur Azim Assyakirin pada minit ke-6, 22 dan 37, Muhammad Khairil Hafiz pada minit ke-33 dan Muhammad Hakim pada minit ke-50.

Terdahulu, skuad kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama China, Filipina, Singapura serta Laos. Dalam aksi peringkat kumpulan, Malaysia B-12 merekodkan dua kemenangan ketika menentang Laos (3-2) dan Singapura (4-0). Selebihnya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Filipina (2-2) dan China (0-0).

Seramai 15 orang pemain Akademi Tunas dari seluruh negara telah disenaraikan mewakili negara ke kejohanan tersebut oleh Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Saad Ichalalene yang juga bertindak sebagai ketua jurulatih B-12 kebangsaan.

Artikel berkaitan

Leave a Reply