Legenda NBA, Kobe Bryant meninggal dunia

LEGENDA NBA, Kobe Bryant meninggal dunia akibat nahas helikopter di Calabasas, California semalam bersama  sembilan orang yang berada dalam helikopter peribadinya yang berpusing-pusing di udara sebelum terhempas.

Kobe Bryant menjadi bintang selama dua dekad dengan Los Angeles Lakers, memenangi lima gelaran NBA dan tampil sebanyak 18 All-Star Games, sebelum bersara pada musim 2016.

Dikhabarkan tragedi helikopter terhempas mengorban beberapa penumpang termasuklah Bryant dan anak perempuannya, Gianna Maria Onore Bryant,13,manakala isterinya Vanessa terselamat kerana tidak berada dalam helikopter berkenaan.

Sepanjang karier, Bryant menghabiskan 10 musim pertamanya dengan memakai jersi No 8 dan No 10 serta yang terakhir adalah No 24 sebelum bersara.

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply