Kami pasti bangkit

PENJARING terbanyak Melaka United, Romel Morales mengakui hukuman pemotongan tiga mata yang dialami oleh pasukan ketika ini pasti ia memberi kekecewaan kepada seluruh pasukan dan peminat namun tetap percaya pasukan akan bangkit.

Jelasnya, perjuangan harus diteruskan dan pemain berusia 23 tahun tidak menafikan begitu rindu aksi di padang selepas seminggu saingan Liga Malaysia ditangguhkan bermula Isnin lepas dan lebih merisaukan apabila kini tidak dibenar melakukan latihan dan sebarang aktiviti luar.

“Saya rasa kalau kita semua melakukan apa yang sepatutnya, semua akan kembali normal dalam masa terdekat.

“Apa yang perlu kita buat adalah bersabar dan jaga kecergasan selain tetap berusaha keras untuk pasukan kembali bangkit selepas ini.

“Saya tidak akan berputus asa dan memang rindu sebenarnya nak beraksi, tetapi kesihatan perlu didahulukan sekarang”, tambahnya.

Morales sekarang antara sandaran utama untuk skuad Melaka apabila telah berjaya membuktikan kemampuannya dan ketika ini telah berjaya menjadi penjaring terbanyak pasukan bersama Uche Agba dengan dua gol dalam empat perlawanan CIMB Liga Super setakat ini.

Melaka yang sebelum ini di tangga ketiga liga terpaksa menerima hakikat apabila tersungkur ke kedudukan kesebelas selepas berdepan hukuman pemotongan tiga mata apabila gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply