FAM, MISC bekerjasama jayakan program

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan terus mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan kaum India dengan bekerjasama melancarkan program khas bersama MISC bagi menarik penyertaan lebih besar dalam kalangan komuniti ini terutama sebagai pemain kebangsaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kejohanan Piala Bardhan adalah pentas terbaik untuk menaikkan mutu dan penyatuan diantara rakyat.

“Sememangnya Piala Bardhan ini adalah ‘ejen’ terbaik untuk menaikkan lagi mutu bola sepak tempatan apatah lagi bola sepak sememangnya adalah medium menyatu padukan rakyat.

“Ia juga sering dengan usaha Majlis Sukan India Malaysia (MISC) yang terus berusaha dan mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan komuniti India,” jelasnya yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Bardhan¬† Datuk Haji Hamidin yang hadir menyaksikan di Stadium Selayang, semalam.

Pada perlawanan yang memasuki edisi ke 60 itu, Kuala Lumpur mempamerkan aksi cukup memberangsangkan untuk menewaskan Kedah dengan keputusan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan.

Kedua-dua pasukan menyajikan aksi cukup sengit dan terbaik buat penyokong sekaligus membuktikan kualiti bola sepak tempatan semakin meningkat.

Barisan pemain Kuala Lumpur meraikan kejayaan menewaskan Kedah dengan keputusan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan.

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply