KHM siap sedia

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) kini dalam fasa persediaan terakhir bagi memastikan Skuad Senior Lelaki serta Skuad Remaja Lelaki dan Wanita negara dapat memulakan sesi latihan di padang buat kali pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada minggu hadapan. Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal memaklumkan, selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara (ISN) mesyuarat bersama pengurusan serta kejurulatihan KHM telah diadakan. “Susulan daripada mesyuarat hari ini, Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato’ Dr. Shamala Subramaniam, Dato’ Ahmad Najmi serta…

Read More

40 pemain, jurulatih dan pegawai Hockademy berpeluang dapatkan sijil OTHM Britain

SERAMAI 40 pemain, jurulatih dan pegawai pasukan hoki Kuala Lumpur diberi peluang untuk mendapatkan sijil dalam bidang sukan dan rekreasi melalui kerjasama antara Hockademy dan TGCC PLT. TGCC PLT ialah pusat yang diberi pentauliahan oleh badan penganugerahan persijilan daripada Britian, OTHM, yang diiktiraf oleh badan bukan kerajaan yang mengawal selia pensijilan dan peperiksaan di England, Office of the Qualification and Examination Regulation (Ofqual). Presiden Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (PPSHKL), Muhamad Fariz Mustafa berkata sijil sama taraf dengan diploma atau ijazah yang diiktiraf OTHM itu ditawarkan kepada pemain dan…

Read More

TNB pamer kebangkitan, UniKL teruskan rentak kemenangan

TENAGA Nasional Berhad (TNB) terus menerajui saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB LHM) 2020 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) 4-2 dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam. Skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang masih belum tewas dalam empat perlawanan sebelum ini turun dengan motivasi tinggi dan ingin mengekalkan rentak berkenaan. Selepas aksi seimbang dalam suku pertama perlawanan, THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Faizal Saari pada minit ke-18. TNB bangkit memberikan tentangan dan 10 minit berselang mereka…

Read More

MHC lantik Wallace Tan

JURULATIH berpengalaman, Wallace Tan dilantik secara sementara untuk mengendalikan skuad hoki remaja lelaki negara sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Remaja Asia Lelaki 2020 di Dhaka, Bangladesh dari 4-12 Jun ini. Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang mengadakan mensyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan yang dipengerusikan sendiri Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, semalam, turut bersetuju melantik dua bekas pemain kebangsaan iaitu Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang akan bertindak selaku pengurus pasukan serta penolong jurulatih, bersama Megat Azrafiq Termizi yang akan memainkan peranan selaku penolong jurulatih. Bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim pula…

Read More

Tirai saingan TNBLHM 2020 bermula 10 Januari

LAPAN pasukan lelaki dan enam pasukan wanita bakal berentap pada Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi pada 10 Januari depan dengan perlawanan tumpuan pastinya perebutan TNB Piala Sumbangsih yang akan menemukan finalis tahun lalu, Universiti Kuala Lumpu (UniKL) dan Terengganu Hockey Team (THT), sekali lagi. Perebutan piala tersebut akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan musim 2020 akan menyaksikan tujuh pasukan lelaki musim lalu, Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara…

Read More