Perak, Kedah berentap rebut kejuaraan ‘Unity Shield’

IPOH: Kedua-dua finalis Piala FA musim lalu, Perak dan Kedah akan berentap di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Februari 2020 (Sabtu), jam 9 malam bagi merebut perisai ‘Unity Shield’ yang kini memasuki penganjuran kali kedua. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tuan Haji Mohamad Azlin Mohd Nadzri dalam sidang media pengumuman penganjuran ‘Unity Shield’ di ibu pejabat PAFA, Ipoh sebentar tadi. Menurut beliau, penganjuran ‘Unity Shield’ merupakan simbol persahabatan dan hubungan akrab di antara dua persatuan bola sepak iaitu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan PAFA. “Hubungan antara…

Read More

Dollah cabar pemain

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mahu melihat lebih ramai pemain tempatan mampu mengikut jejak langkah bekas pemainnya, Norshahrul Idlan Talaha, beraksi di luar negara seperti di Liga Thailand. Beliau mengakui, kualiti yang ada pada pemain tempatan selain mutu liga di negara ini semakin meningkat bakal menjadi faktor pendorong untuk pasukan luar mula mengintai pemain negara ini. Tambah bekas pengendali Harimau Malaya itu, penghijrahan pemain tempatan ke luar negara akan membantu kepada kekuatan skuad kebangsaan untuk jangka masa panjang. “Kalau boleh, saya mahu lihat lebih ramai pemain kita dari liga kita…

Read More

‘Samba’ fokus tingkat kondisi pemain PJ City

MENABUR bakti selaku jurulatih di Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) juga dikenali sebagai NFDP, Arulchelvan Illenggo meneruskan impian dan kerjayanya apabila memegang peranan selaku Ketua Unit Prestasi Petaling Jaya City (PJFC) yang bakal bersaing di Liga Super 2020. Mungkin ramai yang tidak mengenali susuk tubuh yang lebih mesra dengan panggilan Samba dalam kalangan rakan sepasukan mahupun anak didiknya, namun kejayaan yang diraih sebagai bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan serta pengalaman ketika bersama bergandingan dengan beberapa individu hebat sememangnya tidak dapat dinafikan. Pernah menyarung jersi Negeri Sembilan beraksi…

Read More

FAM-PDRM sepakat

KUNJUNGAN hormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas Persatuan Bolasepak PDRM (PDRM FA) berakhir dengan nada positif apabila kedua-dua pihak membincangkan pelbagai aspek pengurusan termasuk kelestarian PDRM dalam saingan tempatan serta kekangan kewangan sedia ada. Dalam kunjungan yang diadakan di Pulapol itu, PDRM mencadangkan penstrukturan pembayaran secara berkala untuk gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai serta pihak ketiga sebagai usaha mereka untuk memenuhi syarat pelesenan kelab FAM. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan pertemuan yang juga kunjungan hormat pertama untuk tahun 2020 ini sebagai pembuka mata kedua-dua pihak. “FAM…

Read More

Kim Swee terajui Unit Pembangunan Belia FAM

BEKAS ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM. Perkembangan itu disahkan Kim Swee yang bersetuju dengan pelantikan tersebut, selepas FAM memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai pengendali skuad B-22 negara, yang berakhir Disember lepas. Ujar Kim Swee, beliau akan menggalas tanggungjawab tersebut untuk tempoh setahun bermula bulan ini, namun memberi bayangan beliau tidak akan memegang jawatan itu untuk satu tempoh panjang. “Sudah tentu tugas saya tertumpu kepada pembangunan bola sepak di…

Read More

Sultan Johor iktiraf komitmen dan usaha Hamidin

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk. daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebentar tadi. Hamidin yang menerajui FAM sejak Julai 2018, adalah antara tiga individu yang menerima darjah kebesaran masing-masing pada Majlis Kurniaan Darjah di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. Ujar Hamidin dia mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung kasih ke atas DYMM Sultan Ibrahim atas pengurniaan DMIJ yang disifatkan sebagai pengiktirafan tinggi untuk pentadbir…

Read More

Bangkok Glass pikat Mat Yo

PENYERANG veteran kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, akhirnya memilih untuk berkelana ke Liga 1 Thailand pada musim depan bersama juara Liga 2 Thailand 2019, Bangkok Glass Pathum United. Perkara itu disahkan oleh ejen Norshahrul, Abdul Halim Abdul Shukor, yang merupakan Pengarah Urusan Offside Sports dengan menjangkakan bekas penyerang Pahang itu akan memeterai kontrak pada Jumaat ini. Jelas Abdul Halim, pemergian Norshahrul selepas Dominic Tan yang akan bermain di Liga 1 Thailand pada musim 2020 membuktikan kualiti teknikal yang ada pemain tempatan di Liga Malaysia semakin menunjukkan peningakatan. Malah, dia menjangkakan sebenarnya…

Read More

Kuwait uji skuad Harimau Malaya

Pasukan ranking ke-147 dunia, Kuwait, sah bakal menguji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal Jun nanti. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, perlawanan pemanas badan berkenaan, merupakan sebahagian persiapan skuad kebangsaan sebelum berhadapan Thailand pada aksi Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Bangkok pada 9 Jun depan. “Kami baharu sahaja mendapat pengesahan daripada Kuwait, yang bersetuju untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada Jun nanti, dan saya melihat ia satu peluang terbaik kepada…

Read More

PJ City miliki kelebihan

PERSIAPAN pra musim yang lebih panjang ekoran Liga Malaysia akan bermula 28 Februari depan, mengundang hikmah kepada kelab PJ City dalam mencari keserasian pasukan selepas mengambil kira-kira 80 peratus muka baharu bagi memperkuatkan pasukan. Ketua jurulatih PJ City, K Devan menjelaskan pasukannya tidak ada sebarang masalah dengan kelewatan liga yang berehat hampir empat bulan apabila mengakui situasi itu memberi kelebihan kepada pasukannya. Ujarnya, bukan mudah untuk membentuk satu pasukan yang rata-ratanya muka baharu terutama dalam memahami corak permainan pasukan jika tempoh persiapan singkat memandangkan sasaran tinggi ditetapkan oleh pengurusan bagi…

Read More

Liga M ada perbezaan tersendiri

BEKAS penyerang kebangsaan Singapura yang kini beraksi dengan Felda United, Khairul Amri mengakui kemahiran dan pengetahuan taktikal serta teknikal dalam kalangan pemain pada Liga Malaysia semakin meningkat. Jelasnya, sepanjang pernah bermain di Indonesia selain di Liga Singapura, pemain yang bakal menginjak usia 35 tahun ini melihat mutu permainan di Liga Malaysia ada perbezaan tersendiri. Malah dia mengakui pengalaman bermain di Liga Malaysia antara yang paling mencabar buat dirinya selepas pernah menyarung jersi Lions XII pada 2014 dan 2015 selain Felda United, musim lalu. “Sebagai pemain Singapura, bermain di sini dapat…

Read More