Kami pasti bangkit

PENJARING terbanyak Melaka United, Romel Morales mengakui hukuman pemotongan tiga mata yang dialami oleh pasukan ketika ini pasti ia memberi kekecewaan kepada seluruh pasukan dan peminat namun tetap percaya pasukan akan bangkit. Jelasnya, perjuangan harus diteruskan dan pemain berusia 23 tahun tidak menafikan begitu rindu aksi di padang selepas seminggu saingan Liga Malaysia ditangguhkan bermula Isnin lepas dan lebih merisaukan apabila kini tidak dibenar melakukan latihan dan sebarang aktiviti luar. “Saya rasa kalau kita semua melakukan apa yang sepatutnya, semua akan kembali normal dalam masa terdekat. “Apa yang perlu kita…

Read More

Morales bimbangkan keselamatan keluarga

PEMAIN tengah import Melaka, Romel Morales mengakui agak sukar untuk berjauhan daripada keluarga tersayang pada saat getir dengan penularan wabak COVID-19 ini apatah lagi saingan Liga Malaysia juga masih ditangguhkan. Jelas Morales, dia bukan sahaja rindukan keluarga malah turut risaukan keadaan mereka yang berada di Colombia ketika ini sambil mengharapkan semua dalam keadaan sihat kerana belum pernah menghadapi situasi yang sukar seperti ini tanpa keluarga di sisi. Bagaimanapun, bekas tonggak utama PKNS FC ini memahami garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) di mana salah satunya adalah…

Read More

Kedah tanpa Ifwat

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, membuat Keputusan untuk merehatkan penjaga gol utama, Ifwat Akmal Chek Kassim bagi menghadapi UiTM FC pada aksi ketiga CIMB Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam. Tindakan itu diambil bagi memberikan ruang kepada Ifwat yang gagal beraksi dengan baik ketika berdepan Terengganu FC selepas Kedah dikejutkan dengan kekalahan 3-4 di laman sendiri, Sabtu lalu. Tambah Aidil, beliau tidak mengambil pendekatan untuk menghukum Ifwat malah masih yakin penjaga gol berusia 23 tahun itu masih antara yang terbaik di Kedah dan tidak wajar menilainya hanya dalam…

Read More

Impian Davies

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies berazam ingin mencipta impak bersama pasukan yang baru disertainya musim ini sekali gus menambat hati penyokong seperti mana yang telah dilakukannya bersama Pahang selama lima musim. Nama Davies sudah sinonim dengan skuad Tok Gajah selaku kapten pasukan sejak dia mula menyertai pasukan itu pada tahun 2015 dan pernah merangkul trofi Shopee Piala FA pada tahun 2018. Pastinya, ia bukan satu penerimaan yang mudah daripada penyokong Pahang sendiri untuk melihat pemain kesayangan berhijrah ke skuad lain dan kini, harapan pemain berusia 25 tahun ini…

Read More

Peluang sama rata

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan kualiti yang ada pada penyerang import, Diogo Luis Santo setanding dengan gandingan penyerang terbaru Kedah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipree menjelang CIMB Piala Sumbangsih 2020, malam esok. Sherman selaku penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2019 dan Kipre penjaring terbanyak edisi 2018 dilihat akan menjadi senjata terbaik barisan hadapan pasukan Kedah untuk mengatasi JDT dalam pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim. Walaubagaimanapun, Mora menganggap kehadiran dua penyerang import berkenaan tidak akan menggugat perancangan JDT kerana kekuatan yang dimiliki oleh Diogo juga sama hebat untuk…

Read More

Gandingan import KL Rovers mampu beri saingan

PEMAIN tengah KL Rovers, Hafiz Kamal membayangkan gandingan dua penyerang import Davy Claude Angan dan Sergio Fabian Ezequiel Aguero mampu membantu pasukan untuk memberi saingan sengit kepada lawan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pusingan kedua Shopee Piala FA 2020. Hafiz pada mulanya agak terkejut apabila pasukannya diundi bertemu juara enam kali Liga Super itu yang pastinya dilihat cukup sukar untuk diatasi pada aksi pusingan kedua ini. Namun, bekas pemain Pahang ini yang pernah menjulang trofi Shopee Piala FA pada 2014 enggan mengalah terlalu awal sebaliknya positif dengan percaturan jurulatihnya,…

Read More

MFL agih hak penyiaran

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan agihan pendapatan atau hak penyiaran RM1 juta bagi pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Perdana musim ini. Berdasarkan Perlembagaan MFL Jadual 7 (Pengedaran Pendapatan Rakan Kongsi Liga) dan 7A, jumlah agihan kepada Rakan Kongsi Liga akan ditentukan Ahli Lembaga Pengarah MFL jika pendapatan penajaan kepada Rakan Kongsi Liga adalah kurang atau melebihi RM18 juta. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Abdul Ghani Hassan berkata, berdasarkan peruntukan itu, pemberian agihan kepada Rakan Kongsi Liga dibuat berdasarkan 75 peratus daripada pendapatan yang diraih oleh MFL.…

Read More

FAM pilih Rita, Nurul Ain dan Nur Akmal

PENGALAMAN mengadili perlawanan di pentas antarabangsa dan mengendalikan perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah setiap tahun terus membuka peluang buat Rita Gani, 43, dan Nurul Ain Izatty Zainal, 22, serta Nur Akmal Anuar, 32 yang dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, langkah untuk memperkenalkan pengadil wanita di pentas tertinggi saingan bola sepak negara ini adalah bagi menambah minat golongan wanita menceburi bidang kepengadilan. “FAM mengumumkan secara rasmi nama tiga pegawai perlawanan wanita yang telah dipilih terdiri…

Read More

FAM, MISC bekerjasama jayakan program

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan terus mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan kaum India dengan bekerjasama melancarkan program khas bersama MISC bagi menarik penyertaan lebih besar dalam kalangan komuniti ini terutama sebagai pemain kebangsaan. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kejohanan Piala Bardhan adalah pentas terbaik untuk menaikkan mutu dan penyatuan diantara rakyat. “Sememangnya Piala Bardhan ini adalah ‘ejen’ terbaik untuk menaikkan lagi mutu bola sepak tempatan apatah lagi bola sepak sememangnya adalah medium menyatu padukan rakyat. “Ia juga sering dengan usaha Majlis Sukan India Malaysia (MISC)…

Read More

Liga M3 ubati kerinduan Hafiz

BEKAS pemain kebangsaan, Hafiz Kamal mahu mengubati kerinduan beraksi sebagai pemain utama bersama pasukan Liga M3, Kuala Lumpur Rovers dengan misi untuk untuk membawa pasukan itu ke Liga Premier, musim depan. Selepas bergelut dengan kecederaan serius di bahagian lutut kiri selama satu tahun setengah sejak 2017, prestasi Hafiz tidak menentu dan hanya beberapa kali sahaja beraksi sebagai pemain gantian pada musim lalu ketika bersama PKNP FC. Justeru, keputusan bekas pemain Pahang, Selangor dan Perak ini untuk mencuba nasib bersama pasukan M3 musim ini dilihat tepat untuk menghidupkan kembali kariernya. Tambah…

Read More