IIB continues to support local talent development in sports

ISKANDAR PUTERI: Iskandar Investment Berhad (IIB) is sponsoring 14-year old Johorean swimmer Tan Rouxin, who will be competing in the upcoming SUKMA 2020 from 11th to 19th July 2020. The sponsorship includes the cost of intensive training sessions as well as the related training costs estimated in total at RM15,000. Tan Rouxin who has achieved numerous awards in swimming including The Most Promising Athlete of the Year Award by Ministry of Education and MSSM Milo Sports Awards 2018 has been training intensively for the past six years at the Aquatic Centre,…

Read More

MFL agih hak penyiaran

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan agihan pendapatan atau hak penyiaran RM1 juta bagi pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Perdana musim ini. Berdasarkan Perlembagaan MFL Jadual 7 (Pengedaran Pendapatan Rakan Kongsi Liga) dan 7A, jumlah agihan kepada Rakan Kongsi Liga akan ditentukan Ahli Lembaga Pengarah MFL jika pendapatan penajaan kepada Rakan Kongsi Liga adalah kurang atau melebihi RM18 juta. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Abdul Ghani Hassan berkata, berdasarkan peruntukan itu, pemberian agihan kepada Rakan Kongsi Liga dibuat berdasarkan 75 peratus daripada pendapatan yang diraih oleh MFL.…

Read More

FAM pilih Rita, Nurul Ain dan Nur Akmal

PENGALAMAN mengadili perlawanan di pentas antarabangsa dan mengendalikan perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah setiap tahun terus membuka peluang buat Rita Gani, 43, dan Nurul Ain Izatty Zainal, 22, serta Nur Akmal Anuar, 32 yang dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, langkah untuk memperkenalkan pengadil wanita di pentas tertinggi saingan bola sepak negara ini adalah bagi menambah minat golongan wanita menceburi bidang kepengadilan. “FAM mengumumkan secara rasmi nama tiga pegawai perlawanan wanita yang telah dipilih terdiri…

Read More

FAM, MISC bekerjasama jayakan program

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan terus mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan kaum India dengan bekerjasama melancarkan program khas bersama MISC bagi menarik penyertaan lebih besar dalam kalangan komuniti ini terutama sebagai pemain kebangsaan. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kejohanan Piala Bardhan adalah pentas terbaik untuk menaikkan mutu dan penyatuan diantara rakyat. “Sememangnya Piala Bardhan ini adalah ‘ejen’ terbaik untuk menaikkan lagi mutu bola sepak tempatan apatah lagi bola sepak sememangnya adalah medium menyatu padukan rakyat. “Ia juga sering dengan usaha Majlis Sukan India Malaysia (MISC)…

Read More

Liga M3 ubati kerinduan Hafiz

BEKAS pemain kebangsaan, Hafiz Kamal mahu mengubati kerinduan beraksi sebagai pemain utama bersama pasukan Liga M3, Kuala Lumpur Rovers dengan misi untuk untuk membawa pasukan itu ke Liga Premier, musim depan. Selepas bergelut dengan kecederaan serius di bahagian lutut kiri selama satu tahun setengah sejak 2017, prestasi Hafiz tidak menentu dan hanya beberapa kali sahaja beraksi sebagai pemain gantian pada musim lalu ketika bersama PKNP FC. Justeru, keputusan bekas pemain Pahang, Selangor dan Perak ini untuk mencuba nasib bersama pasukan M3 musim ini dilihat tepat untuk menghidupkan kembali kariernya. Tambah…

Read More

Perak, Kedah berentap rebut kejuaraan ‘Unity Shield’

IPOH: Kedua-dua finalis Piala FA musim lalu, Perak dan Kedah akan berentap di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Februari 2020 (Sabtu), jam 9 malam bagi merebut perisai ‘Unity Shield’ yang kini memasuki penganjuran kali kedua. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tuan Haji Mohamad Azlin Mohd Nadzri dalam sidang media pengumuman penganjuran ‘Unity Shield’ di ibu pejabat PAFA, Ipoh sebentar tadi. Menurut beliau, penganjuran ‘Unity Shield’ merupakan simbol persahabatan dan hubungan akrab di antara dua persatuan bola sepak iaitu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan PAFA. “Hubungan antara…

Read More

Dollah cabar pemain

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mahu melihat lebih ramai pemain tempatan mampu mengikut jejak langkah bekas pemainnya, Norshahrul Idlan Talaha, beraksi di luar negara seperti di Liga Thailand. Beliau mengakui, kualiti yang ada pada pemain tempatan selain mutu liga di negara ini semakin meningkat bakal menjadi faktor pendorong untuk pasukan luar mula mengintai pemain negara ini. Tambah bekas pengendali Harimau Malaya itu, penghijrahan pemain tempatan ke luar negara akan membantu kepada kekuatan skuad kebangsaan untuk jangka masa panjang. “Kalau boleh, saya mahu lihat lebih ramai pemain kita dari liga kita…

Read More

Petronas-Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) diramal sengit

Kualiti persaingan dalam Petronas-Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) diramal sengit dengan kehadiran tiga pasukan profesional benua Itali yang mengisi tiket wildcard bagi perlumbaan Grand Tour Giro dItalia, 9 hingga 31 Mei depan. Ini kerana, ketiga-tiga pasukan berkenaan perlu menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini demi meyakinkan penganjur Giro, RCS Sport, yang menyediakan tempat untuk mereka bersaing dengan pasukan handalan berstatus World Team dalam perlumbaan besar itu. Secara tidak langsung juga, Androni Giacattoli-Sidermec, Bardiani-CSF-Faizane dan Vini Zabu-KTM (dulu Neri Sottoli-Selle Italia) perlu membuktikan tahap sebenar mereka pada LTdL 2020 ini,…

Read More

‘Samba’ fokus tingkat kondisi pemain PJ City

MENABUR bakti selaku jurulatih di Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) juga dikenali sebagai NFDP, Arulchelvan Illenggo meneruskan impian dan kerjayanya apabila memegang peranan selaku Ketua Unit Prestasi Petaling Jaya City (PJFC) yang bakal bersaing di Liga Super 2020. Mungkin ramai yang tidak mengenali susuk tubuh yang lebih mesra dengan panggilan Samba dalam kalangan rakan sepasukan mahupun anak didiknya, namun kejayaan yang diraih sebagai bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan serta pengalaman ketika bersama bergandingan dengan beberapa individu hebat sememangnya tidak dapat dinafikan. Pernah menyarung jersi Negeri Sembilan beraksi…

Read More

Legenda NBA, Kobe Bryant meninggal dunia

LEGENDA NBA, Kobe Bryant meninggal dunia akibat nahas helikopter di Calabasas, California semalam bersama  sembilan orang yang berada dalam helikopter peribadinya yang berpusing-pusing di udara sebelum terhempas. Kobe Bryant menjadi bintang selama dua dekad dengan Los Angeles Lakers, memenangi lima gelaran NBA dan tampil sebanyak 18 All-Star Games, sebelum bersara pada musim 2016. Dikhabarkan tragedi helikopter terhempas mengorban beberapa penumpang termasuklah Bryant dan anak perempuannya, Gianna Maria Onore Bryant,13,manakala isterinya Vanessa terselamat kerana tidak berada dalam helikopter berkenaan. Sepanjang karier, Bryant menghabiskan 10 musim pertamanya dengan memakai jersi No 8…

Read More