Bachok, Kelantan buka tirai Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB musim baharu

BACHOK: Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB anjuran Junior Cycling Malaysia membuka tirai kejohanan yang kali pertama dianjurkan pada tahun ini dengan beberapa acara memulakan saingan dalam siri pertama, hari ini. Acara berkenaan meliputi kejohanan ujian masa individu, lumba lebuhraya & kriterium. Kawasan sekitar Bachok dan Universiti Malaysia Kelantan dijadikan sebagai lokasi program, hari pertama kejohanan menyaksikan kejohanan ujian masa individu dipertandingkan sejauh 15.5 kilometer bagi empat kategori iaitu lelaki dan wanita, bawah 17 dan 19 tahun. Hari kedua program pula melibatkan kejohanan lumba lebuhraya bagi lelaki dan perempuan, peringkat umur…

Read More

Petronas-Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) diramal sengit

Kualiti persaingan dalam Petronas-Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) diramal sengit dengan kehadiran tiga pasukan profesional benua Itali yang mengisi tiket wildcard bagi perlumbaan Grand Tour Giro dItalia, 9 hingga 31 Mei depan. Ini kerana, ketiga-tiga pasukan berkenaan perlu menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini demi meyakinkan penganjur Giro, RCS Sport, yang menyediakan tempat untuk mereka bersaing dengan pasukan handalan berstatus World Team dalam perlumbaan besar itu. Secara tidak langsung juga, Androni Giacattoli-Sidermec, Bardiani-CSF-Faizane dan Vini Zabu-KTM (dulu Neri Sottoli-Selle Italia) perlu membuktikan tahap sebenar mereka pada LTdL 2020 ini,…

Read More

Human Voyage sedia atasi isu logistik LTdL 2020

PENGANJUR Petronas Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL 2020), Human Voyage akan memastikan persiapan bagi perlumbaan berbasikal terkemuka di Malaysia yang dijadual bermula di Kota Kinabalu pada 6 Februari berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu yang besar. Mengambil maklum cabaran melibatkan logistik yang perlu dibawa ke bahagian Sabah dan Sarawak bagi persiapan untuk tiga acara utama di Kota Kinabalu dan Kuching termasuklah pengenalan pasukan, perlumbaan Kriterium dan Perlumbaan Peringkat Pertama, penganjur optimis sebarang cabaran boleh ditangani menerusi kerjasama melibatkan semua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa menjelaskan…

Read More

TSC mahu kekalkan jersi Kuning

KEHILANGAN pemenang jersi kuning PETRONAS Le Tour de Langkawi 2019, Benjamin Dyball, pasukan Sapura Cycling Team (TSC) tetap fokus mahu mempertahankan jersi kuning yang dimenangi pelumba Australia itu apabila saingan edisi ke-25 PETRONAS LTdL 2020 membuka tirainya, 7 hingga 14 Februari depan. Pengurus pasukan TSC, Sayuti Zahit berkata sekali pun sukar mencari pengganti buat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dyball, dia yakin barisan pelumba sedia ada mampu mengulangi pencapaian besar TSC pada LTdL lalu. “TSC amat berbangga kerana menunjukkan peningkatan besar sejak ditubuhkan empat tahun lalu manakala Dyball menjadi pelumba pertama…

Read More

Afiq Iskandar juara peringkat pertama

SEREMBAN: Selepas pulang dari pendedahan di Eropah baru-baru ini, pelumba basikal Terengganu, Afiq Iskandar meneruskan rentak cemerlang apabila menjuarai peringkat pertama acara Perlumbaan Berperingkat Remaja Kebangsaan Yayasan CIMB 2019 di Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini. Percaturan pelumba berumur 16 tahun itu menjarakkan diri dari peloton bersama tujuh pelumba lain seawal kilometer ke-30 berkesudahan dengan jersi merah Yayasan CIMB menjadi miliknya manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dihuni rakan sepasukan, Muhammad Haizam dan Muhammad Hakimi Ajis dari pasukan Selangor. “Setelah ‘neutral start’ tamat, ramai pelumba melakukan henjutan untuk memisahkan…

Read More

Afiq Iskandar tawan Kriterium De Draai Belanda

ROOSENDAAL, BELANDA: Pelumba basikal remaja negara, Afiq Iskandar menamatkan kempen Jelajah Eropah CIMBF-JCM dengan kejayaan apabila mengungguli Kriterium Draai Van De Kaai bagi kategori ‘Nieuwelingen’ (Bawah 17 Tahun), mengatasi pencabar-pencabar Eropah yang lain dalam kejohanan yang berlangsung di Roosendaal, Belanda, semalam. Afiq Iskandar, dipilih mengikuti siri perlumbaan dan latihan di Eropah menerusi program pendedahan antarabangsa ‘Path of Champions: Jelajah Eropah 2019’ yang dianjurkan Yayasan CIMB dan Junior Cycling Malaysia merupakan salah seorang daripada lapan pelumba basikal remaja yang diberi peluang menimba pengalaman berbasikal di Belgium dan Belanda. Rakan sepasukannya, Firdaus…

Read More

Lapan pelumba basikal terbaik sertai Jelajah Eropah CIMBF-JCM

KUALA LUMPUR: Seramai lapan pelumba basikal memulakan jelajah ke Belanda dan Belgium hari ini sehingga 8 Ogos membabitkan para pelumba yang terpilih daripada siri-siri kejohanan lebuhraya anjuran Yayasan CIMB dan Junior Cycling Malaysia yang telah bermula dari Januari tahun ini. Empat orang pelumba bagi kategori bawah 17 tahun dan empat pelumba kategori bawah 19 tahun berlepas ke Amsterdam bagi mengharungi jelajah dan kejohanan sekitar Belanda dan Belgium selama lapan belas hari sebagai usaha pendedahan awal kepada pelumba-pelumba remaja terhadap saingan kompetitif di peringkat antarabangsa. Menurut jurulatih skuad CIMBF-JCM, Firdaus Daud,…

Read More

Tiada insiden himpit menghimpit, kontinjen berbasikal Terengganu terus rentak cemerlang

TAIPING: Kontroversi yang melanda acara berbasikal lebuhraya temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2018) yang melibatkan pelumba negeri Johor, Nurfitri Ammar Rusli dan pelumba Terengganu, Shahmir Aiman Abdul Halim bukan disengajakan. Kemalangan melibatkan 2 pelumba ini 100 meter menuju ke garisan penamat menjadi buah mulut netizen yang rata-rata mengatakan Nurfitri Ammar menyebabkan kemalangan dengan sengaja ketika aksi Lumba Lebuhraya yang berlangsung pada 13 September lalu di Taiping, Perak. “Kemalangan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal menyebabkan tayar belakang saya tergelincir ke kiri dan saya cuba mengawal ke kanan. Malangnya Shahmir Aiman berada…

Read More

Josiah Ng wira Malaysia, bukan pengkhianat – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menepis tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan bekas pelumba negara, Josiah Ng sebagai seorang pengkhianat setelah tamat acara lumba basikal keirin Sukan Asia 2018 di Jakarta, Jumaat lepas. Kritikan netizen terhadap Josiah hadir selepas pelumba keirin Thailand, Jai Angsuthasawit muncul juara acara tersebut menewaskan pelumba negara, Azizulhasni Awang yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. Manakala pelumba Jepun, Yudai Nitta mengisi slot pingat perak. Menurut kenyataan peribadi di Facebook Syed Saddiq, Josiah bukan seorang pengkhianat dan akan sentiasa dijulang sebagai wira negara. Selain…

Read More

Sabah Pamer Aksi Cemerlang 3 hari di Nilai

Nilai, 1 September – Pasukan Sabah tampil aksi memberangsangkan apabila berjaya membawa pulang 7 emas, 1 perak dan 1 gangsa sepanjang Kejohanan Trek Siri 2 Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 30 Ogos lalu. 7 emas dihadiahkan menerusi acara Kejar Mengejar Berpasukan, Kejar Mengejar Individu, Keirin, Pecut Individu, Pecut Berpasukan, Ujian Masa dan Scratch. Bagi Ketua Jurulatih Sabah, Louis Pang, pencapaian hari ini menyuntik semangat pelumba-pelumba Borneo yang hadir sebagai pasukan underdog dan menjadi persiapan sebelummenjelang temsya SUKMA 2018 yang akan berlangsung September ini…

Read More