Bekas jurulatih Kento Momota meninggal dunia

BEKAS jurulatih badminton remaja Jepun, Izuan Ibrahim dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham Izuan yang berusia 35 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Terdahulu, Allahyarham berada dalan keadaan koma sejak awal minggu ini kerana pendarahan di dalam kepala dan telah menjalani pembedahan segera bagi mengeluarkan darah beku dalam otak.

Allahyarham merupakan bekas jurulatih Persatuan Badminton Perlis dan turut pernah melatih para pemain ternama Jepun di bawah Kelab Badminton Ehime dan juga melatih pasukan Kebangsaan remaja Jepun.

Nama Allahyarham menjadi sebutan ramai apabila Jepun muncul juara Piala Thomas 2014, apabila dia menggalas tugas sebagai jurulatih Kento Momota yang kini memegang kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia.

#Sumber (#MalakatTribune)

Artikel berkaitan

Leave a Reply