Bachok, Kelantan buka tirai Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB musim baharu

BACHOK: Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB anjuran Junior Cycling Malaysia membuka tirai kejohanan yang kali pertama dianjurkan pada tahun ini dengan beberapa acara memulakan saingan dalam siri pertama, hari ini.

Acara berkenaan meliputi kejohanan ujian masa individu, lumba lebuhraya & kriterium.

Kawasan sekitar Bachok dan Universiti Malaysia Kelantan dijadikan sebagai lokasi program, hari pertama kejohanan menyaksikan kejohanan ujian masa individu dipertandingkan sejauh 15.5 kilometer bagi empat kategori iaitu lelaki dan wanita, bawah 17 dan 19 tahun.

Hari kedua program pula melibatkan kejohanan lumba lebuhraya bagi lelaki dan perempuan, peringkat umur bawah 15, 17, dan 19 tahun.

Program Pembangunan Berbasikal Remaja CIMB Siri 1 yang akan berlangsung hingga Ahad ini menyaksikan seramai 700 atlet daripada seluruh negara  berentap dalam lebih 30 acara dipertandingkan.

Selain itu, program pencarian bakat turut diadakan melalui kejohanan kadet, yang terdiri daripada peserta-peserta klinik kemahiran berbasikal Yayasan CIMB. Hampir 200 orang pelajar daripada SMK Kandis dan SK Sungai Dua telah menyertai klinik basikal yang telah berlangsung semalam.

Artikel berkaitan

Leave a Reply