96 pasukan sertai Kejohanan Futsal Piala BN1M 2016, SP FC muncul juara

SEREMBAN: SP FC dari Tampin muncul johan Kejohanan Futsal Piala BN1M 2016 selepas berjaya menewaskan ZMFT dari Kuala Pilah melalui sepakan penalti 3-2, selepas terikat 2-2 dalam perlawanan akhir di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, malam tadi.

Kejohanan anjuran Biro BN1M Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan tersebut mendapat sambutan yang hangat apabila 96 pasukan dari seluruh negara turut serta bertanding di dalam edisi sulung kejohanan yang mewajibkan penglibatan lebih dari satu kaum dalam setiap pasukan.

Kejohanan yang bermula dari awal pagi sehingga lewat malam itu telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pada sesi pagi manakala Pengerusi Biro BN1M Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Najib Isa menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebagai penutup acara.

Sementara itu, tempat ketiga dan keempat kejohanan diduduki oleh pasukan Putra Rayyan (Johor Bahru) dan KKFT (Rasah).

Artikel berkaitan

Leave a Reply