500 perenang gamatkan Pesta Renang EduCity

ISKANDAR PUTERI: Pesta Renang EduCity berjaya menghimpunkan bakat-bakat baharu sukan renang di Johor apabila hampir 500 perenang hadir menggamatkan Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri bagi turut serta di dalam kejohanan yang memasuki edisi kedua.

Penganjuran bersama Kelab Ezy Swim dan EduCiy Iskandar Malaysia Sdn Bhd yang berlangsung semalam itu memperlihatkan kesinambungan daripada pelancaran Program Pembangunan Renang EduCity (ESDP) yang dilancarkan pada Julai lepas bagi memberi peluang kepada pelapis-pelapis renang baharu di peringkat akar umbi dan bawah umur untuk mengasah bakat mereka.

Selain itu, Hari Kesedaran Keselamatan Air turut berlangsung hasil usahasama dengan agensi-agensi tempatan dalam memberi kesedaran kepada penduduk setempat dalam kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di kawasan berair.

Pesta Renang EduCity edisi kedua ini mempertandingkan 45 kategori renang bagi peringkat umur tujuh hingga empat belas tahun melibatkan perenang dari seluruh negeri Johor.

Program yang dianjurkan tersebut mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri Johor, dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Naib Presiden EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd, Adil Mohd.

Artikel berkaitan

Leave a Reply