4 pasukan rebut Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports

KUALA LUMPUR: Empat pasukan bakal berentap dalam aksi separuh akhir Ragbi Super Six bagi merebut Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports bermula hari ini.

Sekolah Sultan Alam Shah dijadualkan akan bertemu Victoria Institution hari ini manakala juara bertahan, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) akan bertemu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada Sabtu ini.

 

Kejohanan Super Six yang telah pun bermula pada 1 April lepas, akan diakhiri dengan perlawanan akhir pada 13 Mei di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Pemenang perlawanan akhir akan ditabalkan sebagai pemenang Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports, seperti mana tahun sebelumnya.

Kejohanan Ragbi Super Six turut menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan sebanyak RM 13,000 dan liga baharu. Ragbi Perdana turut diperkenalkan memberikan keunikan baharu kepada musim penganjurannya yang ke empat.

Hadir pada sidang media Kejohanan Ragbi Super Six hari ini ialah Pengarah Kejohanan Super Six, Encik Noor Helmi Nong Hadzmi, Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Berhad Puan Nik Anis Nik Zakaria, dan Pengarah Pembangunan Malaysia Rugby, Prof. Madya Dr. Ahmad Naim Ismail.

 

Kejohanan Ragbi Super Six

JADUAL PERLAWANAN

SEPARUH AKHIR 1

Sekolah Sultan Alam Shah lwn Victoria Institution

4 Mei 2017, 4.00 petang, Padang Alamanda

 

SEPARUH AKHIR 2

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) lwn Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

6 Mei 2017, 4.00 petang, Padang STAR Ipoh

 

PUSINGAN KALAH MATI “PLATE”

(Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir)

13 Mei 2017, 4.00 petang, Stadium Sayyidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak

 

PERLAWANAN AKHIR

13 Mei 2017, 8.30 malam, Stadium Sayyidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply